assalamualaikum wr wb
bismillahirhohmanirhohim
...
Tidak seperti biasanya, hari itu Ali bin Abi Thalib pulang lebih awal
menjelang ashar. Fatimah binti Rasulullah menyambut kedatangan suaminya
yang sehari suntuk mencari rezeki dengan sukacita. Siapa tahu Ali
membawa uang lebih banyak kerana keperluan di rumah makin besar. Sesudah
melepas lelah, Ali berkata kepada Fatimah. “Maaf sayangku, kali ini aku
tidak membawa uang seperspun.”
Fatimah menyahut sambil
tersenyum, “Memang yang mengatur rezeki tidak duduk di pasar, bukan?
Yang memiliki kuasa itu adalah Allah Ta’ala.”
“Terima kasih,”
jawab Ali. Matanya memberat lantaran isterinya begitu tawakkal. Padahal
keperluan dapur sudah habis sama sekali. begitu pun Fatimah tidak
menunjukan sikap kecewa atau sedih.
Ali lalu berangkat ke
masjid untuk menjalankan sholat berjamaah. Sepulang dari sembahyang, di
jalan ia dihentikan oleh seorang tua. “Maaf anak muda, betulkah engkau
Ali anaknya Abu Thalib?” Ali menjawab dengan heran. “Ya betul. Ada apa,
Tuan?”.
Orang tua itu mencari kedalam begnya sesuatu seraya
berkata: “Dahulu ayahmu pernah kusuruh menyamak kulit. Aku belum sempat
membayar upahnya, ayahmu sudah meninggal. Jadi, terimalah uang ini,
sebab engkaulah ahli warisnya.” Dengan gembira Ali mengambil haknya dari
orang itu sebanyak 30 dinar.
Tentu saja Fatimah sangat gembira
memperoleh rezeki yang tidak di sangka-sangka ketika Ali menceritakan
kejadian itu. Dan ia menyuruh membelanjakannya semua agar tidak
pusing-pusing lagi merisaukan keperluan sehari-hari.
Ali pun
bergegas berangkat ke pasar. Sebelum masuk ke dalam pasar, ia melihat
seorang fakir menadahkan tangan, “Siapakah yang mahu menghutangkan
hartanya kerana Allah, bersedekahlah kepada saya, seorang musafir yang
kehabisan bekal di perjalanan.” Tanpa berfikir panjang, Ali memberikan
seluruh uangnya kepada orang itu.
Pada waktu ia pulang dan
Fatimah keheranan melihat suaminya tidak membawa apa-apa, Ali
menerangkan peristiwa yang baru saja dialaminya. Fatimah, masih dalam
senyum, berkata, “Keputusan kanda adalah yang juga akan saya lakukan
seandainya saya yang mengalaminya. Lebih baik kita menghutangkan harta
kerana Allah daripada bersifat bakhil yang di murkai-Nya, dan yang
menutup pintu syurga untuk kita.”

Tidak ada komentar:
Posting Komentar